Minggu, 18 Januari 2009

Apa itu ICT????

Pengertian ICT adalah kebutuhan manusia didalam mengambil dan memindahkan , mengolah dan memproses informasi dalam konteks social yang menguntungkan diri sendiri dan asyarakat secara keseluruhan. Bagaimana implikasinya agar dapat menguntungkan secara individual dan masyarakat secara keseluruhan tidak didifinisikan secara lebih khusus.

Manfaat ICT untuk Pembelajaran :
1. Meningkatkan kualitas pembelajaran

2. Memperluas akses terhadap pendidikan
dan pembelajaran

3. Menjawab keharusan berpartisipasi
dalam ICT
4. Mengurangi biaya pendidikan
5. Pembelajaran menjadi lebih
Efektif, efisien, dan
meningkatkan kualitas hasil
pembelajaran

6. Memiliki potensi untuk
memberdayakan siswa
7.Mendorong tumbuhnya:
- Keterampilan belajar siswa
- Keterampilan bernalar siswa
- Keterampilan berkomunikasi
Menumbuhkan kemampuan
siswa untuk menemukan
beragam sumber belajar

ARTIKEL ICT
Kemerdekaan dan Perisian Sumber Terbuka (OSS)Tahun 2008 Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51. Telah 51 tahun Malaysia membebaskan dirinya daripada pelbagai bentuk penjajahan bermula daripada penjajahan politik dan pentadbiran negara dan kemudiannya ekonomi.Malaysia berjaya berdiri atas kaki sendiri dan makin yakin terhadap diri kita sendiri.Dunia ICT kini menjadi peneraju utama dalam ekonomi dunia. Kemajuan yang pesat dan perkembangan teknologi ICT telah mewujudkan satu keadaan kita terlalu bergantung kepada teknologi ICT untuk setiap perkara dalam kehidupan manusia.Komputer, Internet dan perisian kini menjadi keperluan utama kepada setiap kegiatan manusia. Dimana-mana boleh dilihat komputer digunakan dan hampir 90 peratus dipasang dengan sistem operasi Windows syarikat Microsoft Amerika Syarikat.Keadaan ini membolehkan syarikat-syarikat besar dalam ICT mewujudkan satu keadaan monopoli. Kita seperti tiada pilihan. Tiada pilihan sehingga dianggap menggunakan perisian tanpa membayar lesen merupakan satu kesalahan jenayah.Kita sebagai pengguna dan juga kerajaan dipaksa untuk membayar harga pelesenan mencecah berjuta-juta ringgit Malaysia.Berjuta-juta ringgit yang pengguna komputer Malaysia dan kerajaan Malaysia bayar untuk bayaran perlesenan, hanya mengalir keluar daripada negara Malaysia. Tiada kesan atau faedah yang jelas terhadap kita rakyat Malaysia. Semuanya hanya harga diatas kertas.Bayangkan sekiranya pembayaran perlesenan dialirkan kepada industri ICT Malaysia, ia boleh menjanakan pelbagai peluang dan tindakan yang boleh menghasilkan pelbagai kesan positif terhadap industri ICT Malaysia.Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan kembangkan kemajuan ICT negara Malaysia.Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk latihan tenaga manusia agar lahir pakar-pakar ICT.Bayangkan duit harga perlesenan dialirkan dalam negara boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan teknikal dan perkhidmatan dalam negara.Perkara-perkara diatas membolehkan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada syarikat-syarikat ICT negara luar dan aliran keluar ringgit Malaysia dapat dikurangkan. Adalah baik duit tersebut digunakan untuk pembangunan sumber manusia bidang ICT yang membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih baik lagi.Malah ada usaha untuk meningkatkan harga perlesenan tanpa memikirkan akibat kepada perbelanjaan kerajaan Malaysia. Kos perlesenan dinaikkan semata-mata untuk keuntungan tanpa rasa perlu ambil berat terhadap keperluan negara Malaysia. Ini adalah kerana syarikat-syarikat ICT ini bukanlah berasal daripada Malaysia.Penjajahan bentuk baru. Menekan sesebuah negara dengan bayaran perlesenan.
Kita perlu merdekakan diri kita daripada penjajahan ICT
...Open Source Software (OSS) atau Perisian sumber terbuka mewujudkan satu lagi pilihan kepada Malaysia. Perlesenan bagi perisian sumber terbuka (OSS) adalah percuma. Ia boleh dimiliki tanpa perlu membayar apa-apa kos perlesenan.Perisian sumber terbuka (OSS) bukan sekadar percuma daripada segi harga perlesenan. Free dalam maksud OSS, bermaksud perisian sumber terbuka, boleh dimuat turun sebanyak mana pun, boleh disalin sebanyak mana pun, boleh dipasang sebanyak mana pun dan boleh disebarkan semula sebanyak mana pun, tanpa sekatan perlesenan.Lagi membezakan perisian sumber terbuka (OSS) dengan yang lain adalah kod sumber, iaitu bagaimana ia dibangunkan, boleh didapati dan disebarkan. Malah perlesenan sumber terbuka, membolehkan kod-kod sumber tersebut diubah dan dibaiki oleh mana-mana individu dan pihak, dengan syarat perubahan yang dilakukan dikongsikan semula kepada pembangun perisian sumber terbuka (OSS) dan orang ramai dan mengekalkan bentuk asal perlesenan.Perisian Sumber Terbuka (OSS) mewujudkan keadaan budaya pembangunan yang berlainan daripada cara-cara sebelum ini. Pembangunan perisian sumber terbuka (OSS) boleh dilakukan secara bersama, melalui Internet tanpa perlu para pembangunnya duduk dalam satu tempat. Ia turut mewujudkan apa yang dikatakan usaha gotong royong, kerja sama antara para pembangun perisian daripada pelbagai pelusuk dunia saling menyumbang menghasilkan perisian sumber terbuka (OSS).Gotong royong ini membolehkan perisian sumber terbuka (OSS) dibangunkan menggunakan hasil pengalaman dan pengetahuan pakar-pakar serata dunia, mewujudkan kawalan mutu yang tinggi dan sistem pertolongan dalam talian dalam pelbagai cara komunikasi Internet sama ada Email, IRC, Forum, blog dan pelbagai lagi.Kekuatan gotong royong ini menghasilkan sistem operasi Linux, Desktop Gnome dan KDE dan OpenOffice.org yang mampu malah telah menggugatkan pelbagai perisian lesen berbayar.
Pada 19 Jun 2002, Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk menggalakkan penggunaan aplikasi sumber terbuka (OSS) dalam sektor awam. The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri telah dimandatkan untuk mengetuai dan melaksanakan OSS dalam sektor awam.Pada 16 Julai 2004, Malaysian Public Sektor OSS Master Plan (OSS Master Plan) telah dikeluarkan sejajar dengan pelancaran Open Source Competency Centre (OSCC) MAMPU.
Sama ada pihak kerajaan atau rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai pilihan dan pilihan itu adalah perisian sumber terbuka (OSS). Pilihan-pilihan dalam industri ICT akan memastikan kita tidak dijajah melalui kuasa monopoli ekonomi dan teknologi.Kita bukan sahaja hanya menggunakan perisian sumber terbuka (OSS), malah kita perlu budayakan cara pembangunan OSS dalam dunia ICT Malaysia. Sama-sama gotong royong membangunkan perisian sumber terbuka (OSS) sama ada oleh kita dan untuk kita. Atau sama-sama menyumbang dengan masyarakat antarabangsa, menaikkan nama Malaysia di mata dunia dalam bidang ICT dan perisian sumber terbuka (OSS).

Tidak ada komentar: